Last Update: 28 January 2016
DEPARTMENT OF RESPIRATORY MEDICINE
Head of Department
Phone
Fax
Email
Dr. Ashari Bin Yunus
03-40232966
03-40218807
drashari@moh.gov.my
I INTRODUCTION I SERVICES I RESEARCH / TRAINING I

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI



angota


PENGENALAN

INSTITUT PERUBATAN RESPIRATORI (IPR) adalah sebuah hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi perkhidmatan Kepakaran Perubatan Respiratori. Ianya terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Sejarah institut ini bermula pada tahun 1958 di mana ia dikenali sebagai Klinik Tibi Jalan Pahang. Pada tahun 1961, klinik ini telah bertukar nama kepada Pusat Tibi Negara (PTN) bersesuaian dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah penyakit tibi. Dengan perluasan skop perkhidmatan respiratori yang diberikan, nama PTN telah ditukarkan kepada IPR pada tahun 1996. Ianya menawarkan perkhidmatan rawatan kepakaran dan nasihat kepada pesakit respiratori serta menyediakan latihan kepakaran dalam disiplin ini.

IPR menawarkan perkhidmatan seperti diagnostik pernafasan bronkoskopi, makmal tidur , makmal fungsi paru-paru yang lengkap dan makmal batuk kering. Satu lagi pencapaian IPR adalah menjalinkan kerjasama dengan Institut Jantung Negara untuk memulakan Program Pemindahan Paru-Paru. Perkhidmatan sokongan lain yang disediakan adalah fisioterapi, terapi pekerjaan, dan pemulihan pulmonari , klinik sosial dan perubatan TB. IPR juga merupakan pusat latihan pasca siswazah bagi perubatan pernafasan , di sini juga kerap dianjurkan kursus Tuberculosis dan Respiratory Disease Update. Untuk melengkapkan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh IPR ,baru-baru ini memperkenalkan semula Pengurusan Kanser Paru-Paru dengan menggunakan ubat kemoterapi, Bilik Penamaan Semula dan Pusat Penjagaan Ambulatori yang ditempatkan di semua perkhidmatan diagnostik.


VISI
Menjadi sebuah Pusat Perubatan Respiratori terunggul diperingkat kebangsaan melalui amalan berasaskan bukti, komprehensif, berteknologi tinggi dan bermodalkan insan berkualiti yang menepati kehendak pelanggan.

MISI
IPR komited untuk memberi perkhidmatan perubatan respiratori yang komprehensif melalui satu pasukan yang prihatin, penyayang, penuh ihsan dan berfokus di dalam persekitaran berteknologi tinggi untuk:
  • Menyediakan perawatan berterusan, akut, sub-akut dan kronik mengikut piawaian yang tinggi berasaskan bukti fleksibiliti dan bertanggungjawab kepada keperluan dan kehendak pelanggan,
  • Mengurus dan membangunkan modal insan ke arah kecemerlangan yang berlandaskan visi,
  • Mencapai peningkatan status kesihatan komuniti melalui kolabrasi dan bekerjasama dengan sektor awam, swasta serta individu,
  • Mempunyai kapasiti untuk berkembang pada masa hadapan agar dikenali sebagai pusat kecemerlangan yang menjadi pilihan warga kerja dan pesakit melalui budaya pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang Perubatan Respiratori.

OBJEKTIF IPR
  • Diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana kualiti perkhidmatan perawatan respiratori yang terunggul,
  • Diiktiraf sebagai pusat latihan yang menyediakan professional kesihatan agar dapat berperanan dalam bidang perawatan respiratori masa kini dan masa akan datang,
  • Diiktiraf kerana mempunyai taraf keselamatan rawatan yang tinggi dengan mengintegrasikan amalan terbaik secara konsisten dan mengamalkan kemahiran dan pengetahuan terkini dalam perkhidmatan perubatan respiratori yang diberi,
  • Membangunkan model program promosi kesihatan dan pengurusan kendiri bagi mempertingkat taraf kesihatan keseluruhan masyarakat,
  • Sebagai peneraju dalam pendidikan berterusan kepada anggota kesihatan dalam memperkasakan kompetensi melalui program CME dan CPD perubatan respiratori,
  • Menyumbang kea rah memahami dengan lebih mendalam masalah rawatan dan cara mempromosi penyakit respiratori melalui penyelidikan.

PIAGAM PELANGGAN
Institut Perubatan Respiratori adalah komited di dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, selamat dan berkesan melalui Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan bagi setiap unit. Penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke masa selaras dengan Visi, Misi dan Objektif IPR.


DASAR KUALITI
“Kami, di Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur adalah komited:
  • Dalam memberi perkhidmatan rawatan kepakaran respiratori;
  • Dalam melatih dan melahirkan modal insan berkepakaran tinggi dalam bidang ini bagi memenuhi permintaan pelanggn di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;
  • Dalam melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti, IPR berlandaskan kepada MS ISO 9001:2008 demi mendapat pengiktirafan antarabangsa dan kajian akan dilakukan untuk menjamin kesesuaiannya dan penambahbaikan berterusan.


PENGURUSAN IPR




AKTIVITI IPR