DEPARTMENT OF PSYCHIATRY
I INTRODUCTION I SERVICES I RESEARCH / TRAINING I

SERVICES

Perkhidmatan yang disediakan :
(1)Rawatan Pesakit Luar Klinik Pakar
(2)Rawatan Pesakit Dalam
(3)Pengesanan dan Pengesahan Penagihan dadah
(4)Detoksifikasi dan Pemulihan Penagihan dadah
(5)Rawatan Pemulihan Carakerja
(6)Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
(7)Perkhidmatan latihan, kursus dan latihan dalam perkhidmatan
(8)Perkhidmatan-perkhidmatan subkepakaran - Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Konsultasi Liaison, Psikiatri Forensik dan Psikiatri Warga Tua.


KETERANGAN RINGKAS PERKHIDMATAN


(A) PERKHIDMATAN RAWATAN PESAKIT DALAM, JAWATAN PSIKIATRI, HKL.


Siapakah yang memerlukan rawatan pesakit dalam di wad Psikiatri?
Sesiapa yang mengalami masalah emosi, pemikiran dan perubahan tingkahlaku yang mungkin mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri ataupun kepada orang lain.

Bagaimana saya / saudara saya boleh mendapat rawatan di wad Psikiatri HKL?
Anda boleh mendapatkan pemeriksaan dari mana-mana doktor yang bertauliah yang kemudiannya akan membuat rujukan ke Jabatan Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur. Pemerisaan oleh doktor di Jabatan Psikiatri akan menentukan samaada anda perlu menerima rawatan wad atau memadai dengan cara rawatan luar iaitu dengan cara penggunaan ubat psikotropik yang ditentukan oleh doctor yang membuat pemeriksaan / penilaian tentang tahap kesihatan (minda) anda.

Ada dua jenis atau cara kemasukan ke wad Psikiatri.

1. Kemasukan sukarela. Kemasukan (wad) atas permohonan pesakit selepas pemeriksaan oleh doktor.

2. Kemasukan atas arahan.
i. Kemasukan di atas arahan doktor selepas pemeriksaan dan penilaian dilakukan keatas pesakit yang mana pemerhatian lanjut atau rawatan serta-merta perlu dilaksanakan.
ii. Kemasukan diatas perintah mahkamah (magistrate) sekiranya status mental sesaorang itu perlu mendapat laporan Pakar Psikiatri sebelum sesuatu hukuman dijatuhkan keatasnya.


Apa yang perlu saya / saudara saya bawa bila dimasukkan ke wad Psikiatri?

(1) Anda dibenarkan membawa keperluan peribadi untuk kegunaan harian.

(2) Ubat-ubatan* sekiranya anda sedang menjalani lain-lain rawatan yang diarahkan oleh doktor.

(3) Lain lain keperluan seperti pakaian* atau wang tunai* adalah terhad untuk kegunaan semasa datang (ke hospital) atau semasa dibenarkan keluar (discaj).

(4) Barang kemas* adalah tidak di benarkan.

(5) Keperluan untuk makan minum akan disediakan di wad dan anda tidak digalakkan untuk membawanya terutama alat-alat yang mudah pecah atau tajam kerana alatan ini mungkin terlepas ketangan pesakit lain dan disalahgunakan.

* Serahkan barang-barang yang dibawa kepada jururawat yang bertugas semasa penerimaan kemasukan

Bilakah masa melawat
Waktu melawat mengikut peraturan standard hospital kerajaan dan boleh dirujuk di laman web Hospital Kuala Lumpur. Saudara-mara terdekat mungkin akan dijemput datang ke wad diluar waktu lawatan sekiranya temubual atau perbincangan dengan doktor perlu diadakan untuk membantu proses penentuan penyakit atau pemulihannya.

Pelawat dikehendaki melapur diri di kaunter keselamatan untuk mendapatkan pas lawatan. Kawasan lawatan (dalam wad) adalah terhad kepada kawasan yang dibenarkan sahaja. Pelawat boleh mendapatkan bantuan dari Jururawat atau lain-lain anggota yang bertugas semasa lawatan.

Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan maklumat tentang keadaan pesakit?
Maklumat berkenaan saudara-mara yang menjalani rawatan boleh diperolehi melalui doktor atau jururawat semasa membuat lawatan. Hanya keluarga terdekat sahaja yang layak medapatkan maklumat berkenaan dan ianya tidak boleh dilakukan melalui telefon.



(B) UNIT PENGESANAN DAN PENGESAHAN DADAH

OBJEKTIF

Seiring dengan Dasar Kerajaan untuk mencapai Penagih Dadah Sifar diseluruh negara. Unit Pengesanan dan Pengesahan Dadah Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur juga telah memainkan peranan dengan memberikan perkhidmatan perubatan yang komprehensif sejajar dengan Kempen kerajaan Dadah Musuh Negara.

Objektif utama unit ini adalah seperti berikut:

1. Menyediakan perkhidmatan pengesanan, pengesahan, perawatan serta pemulihan kepada pesakit pesakit dan penagih penagih yang memerlukannya bagi mencapai pemulihan yang awal.

2. Memperbaiki dan meninggikan taraf serta pelaksanaan pelan strategi serta program program pemulihan.

3. Berkoodinasi serta berintraksi seiring dengan lain lain Jabatan, Agensi dan Pertubuhan Sukarela (NGO) bagi mencapai Penagih Sifar.

4. Menggalakkan penglibatan keluarga untuk bersama-sama membantu rawatan penagih bagi mengurangkan relapse.

5. Memberi tindakkan susulan yang diperlukan oleh jabatan-jabatan lain untuk mengenal pasti penagih baru.

6. Menjalankan tugas mengikut standard operating procedure.

Perkhidmatan yang disediakan di Unit Pengesanan Dan Pengesahan Dadah

1. Mengesan dadah mereka yang dirujuk oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis dan Tentera.

2. Membuat pengesahan penagih.

3 Mengambil contoh air kencing murid-murid disekolah/IKM yang dikendalikan oleh AADK.

4. Membuat lawatan dan pemerikasaan kes-kes psikiatri di Hospital Penjara Sungai Buluh bersama Pakar Perubatan Jiwa.



(C) PUSAT HARIAN, UNIT PEMULIHAN CARAKERJA, JABATAN PSIKIATRI, HKL
DAY CARE CENTRE, OCCUPATIONAL THERAPY UNIT, PSYCHIATRIC DEPARTMENT, HKL

Apakah itu Pemulihan Carakerja?
Pemulihan Carakerja adalah suatu rawatan pemulihan mental, fizikal dan psikososial supaya pesakit dapat mencapai kefungsian yang optima dengan memberi aktiviti yang terapeutik sebagai media rawatan.

Siapakah pesakit yang boleh menyertai Unit Pemulihan Carakerja?
Semua pesakit yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah:
1. Dirujuk daripada doktor/pakar klinik psikiatri, HKL sahaja.
2. Umur antara 16-50 tahun.
3. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
4. Keadaan pesakit stabil, tiada simptom sikap ganas, impulsif, terlampau restless, sucidal mahupun disorientasi.
5. Pesakit boleh datang dan balik sendiri atau boleh menggunakan pengangkutan awam.
6. Boleh mengikut arahan.
7. Boleh menjaga kebersihan diri.
8. Penjagaan yang minimal semasa di Pusat Harian, Unit Pemulihan Carakerja, HKL
9. Mengambil ubatan-ubatan secara teratur.


Bagaimana saya/saudara saya boleh menyertai Unit Pemulihan Carakerja di Jabatan Psikiatri HKL?
Pesakit yang telah berdaftar dengan Klinik Psikiatri DAN memenuhi kriteria-kriteria di atas.

Apa yang perlu saya/saudara saya bawa bila datang ke Unit Pemulihan Carakerja?
Permulaan perlu membawa saudara pengiring.

Bilakah masa latihan pemulihan?
Hari Isnin - Khamis (8.30 pagi - 4.00 petang)
Hari Jumaat (8.30 pagi - 12.00 tengahari)

Adakah apa-apa bayaran yang perlu dibuat?
Setakat hari ini, belum dikenakan sebarang bayaran.

Adakah saya diberi gaji?
Tiada sebarang gaji diberikan TETAPI, insentif akan diberikan bergantung kepada penglibatan pesakit di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini.

Berapa lamakah biasanya seseorang pesakit berada di unit ini?
Sekurang-kurangnya 3 bulan, bergantung kepada kemajuan pesakit.

Bagaimana jika saya mendapat peluang pekerjaan di tempat lain?
Jika ada, teruskan bekerja.

Perkhidmatan yang disediakan di Unit Pemulihan Carakerja:
1. Re-orientation
2. Social re-integration
3. Self Care Skills
4. Self Aware Skills
5. Stress Management
6. Behaviour Modification
7. Domestic Assessment/Training
8. Work Habit Assessment/Training
9. Patient/Family Education
10. Relaxation Therapy
11. Home/School/Work Place Visit.


PERINGATAN:
Pemulihan Carakerja ialah kaedah komplimentari dalam rawatan penyakit mental. Para peserta diingatkan bahawa kalian masih perlu pergi ke klinik susulan psikiatri dan mengambil ubatan-ubatan yang diberikan secara teratur.

Pengangkutam awam : Bas, Komuter, STAR dan LRT.


(D) PERKIDMATAN PERAWATAN KOMUNITI UNTUK PESAKIT MENTAL

PENGENALAN
Perkhidmatan Perawatan Komuniti menyediakan rawatan menyuluruh kepada mereka yang mengalami penyakit mental yang merangkumi :
- Perawatan di rumah, di mana pesakit dirawat di kediaman mereka
- Perawatan di hospital, di mana pesakit dimasukkan ke wad apabila gejala penyakit tidak dapat dikawal melalui perawatan di rumah
- Rehabilitasi psikososial dalam komuniti, di mana pesakit dibantu mengoptimakan fungsi mereka di komuniti

FAEDAH
Ia telah terbukti berkesan merawat gejala penyakit dan menggalakkan penyembuhan serta pemulihan lebih awal dengan penglibatan mereka yang mengalami penyakit mental, keluarga serta penjaga. Dengan ini, pandangan negatif (stigma) terhadap mereka yang mengalami penyakit mental dapat dikurangkan.

Perkhidmatan ini dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan mereka yang mengalami penyakit mental, keluarga serta penjaga.

AKTIVITI PERKHIDMATAN
1. Perkhidmatan ini merangkumi:
(i) Membuat penilaian kesihatan mental.
(ii) Membuat penilaian krisis dan risiko penyakit.
(iii)Menyediakan pelan perawatan di rumah dan melaksanakan tindakan sewajarnya.
(iv) Rawatan di hospital apabila perlu
(v) Memberi pendidikan kesihatan mental
(vi) Pemulihan awal psikososial
(vii) Memperkasa keluarga serta penjaga dan komuniti dalam penjagaan klien.

2. Bekerjasama dengan lain-lain agensi untuk memenuhi keperluan klien

SIAPAKAH ANGGOTA PASUKAN PERAWATAN INI
Perawatan diberi oleh pasukan pelbagai disiplin yang terdiri daripada:
- Pakar Psikiatri
- Pakar Perubatan Keluarga
- Pegawai Perubatan
- Pembantu Perubatan
- Jururawat
- Jurupulih Cara Kerja
- Pegawai Kebajikan Perubatan
- Kaunselor
- Psikologis Klinikal
- Dan lain-lain

SIAPAKAH KLIEN KAMI?
Klien perkhidmatan ini adalah pesakit yang telah disahkan mengidap psikosis (seperti skizofrenia) dan kemurungan yang mempunyai kriteria di bawah:
- Mereka yang mengalami krisis
- Mereka yang mempunyai masalah ketidakpatuhan pengambilan ubat.
- Keluarga yang bersetuju untuk bekerjasama
- Tinggal dalam kawasan operasi

LINGKUNGAN PERKHIDMATAN
Perkhidmatan ini merangkumi kawasan sejauh 25 kilometer dari Hospital Kuala Lumpur. Ia dibahagikan kepada 4 zon.

ZON KAWASAN OPERASI

Zone A: Segambut, Bukit Tunku, Jinjang, Kepong, Batu Caves, Kg. Batu, Selayang, Jalan Ipoh.

Zone B: Setapak, Sentul, Keramat, Hulu Kelang, Wangsa Maju, Gombak, Semarak

Zone C: Jalan Tun Razak, Bukit Bintang, Ampang, Kampung Pandan, Kampung Baru, Cheras, Bandar Tun Razak, Hospital Kuala Lumpur, Jalan Chow Kit

Zone D: Petaling Jaya, Bangsar, Pantai Dalam, Brickfields, Kampung Medan, Kg. Lindungan, Kg. Tunku.

WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN

ISNIN - JUMAAT 8.00 am - 4.30 pm
SABTU BEKERJA 8.00 am - 12.30 am

BAGAIMANAKAH KELUARGA BOLEH MEMBANTU ?
Program ini akan lebih berjaya sekiranya keluarga klien dan/atau komuniti setempat memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan perawatan.

Mereka boleh membantu pasukan ini dengan:

1. Sedia menerima kedatangan pasukan perawatan.

2. Memberi pandangan dan maklumat yang tepat mengenai masalah berkaitan dengan klien.

3. Menjelaskan matlamat dan harapan yang ingin dicapai dalam perawatan klien.

4. Meneruskan perawatan yang telah dipersetujui di antara pasukan perawatan dan keluarga.

5. Menghubungi pasukan perawatan sekiranya keluarga menghadapi krisis dalam mengendalikan klien.



(E) PERKHIDMATAN PSIKOLOGI, JABATAN PSIKIATRI, HKL

Pengenalan
Klinik Psikologi Jabatan Psikiatri, HKL menyediakan pelbagai perkhidmatan psikologi dan kaunseling oleh ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang bertauliah. Klinik ini menerima rujukan daripada hospital dan klinik kerajaan dan swasta serta rujukan persendirian.

Visi
Untuk menuju kearah kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mengutamakan pelanggan melalui cara kerja yang bersistematik, cekap, bertanggungjawab, beretika dan sentiasa berinovatif dalam memperkembangkan mutu kerja.

Piagam Pelanggan
Kami menjanjikan layanan yang profesional, mesra, adil dan cekap.

Perkhidmatan Klinik Psikologi
Klinik Psikologi menyediakan perkhidmatan penilaian psikologi dan juga intervensi psikologi untuk orang dewasa, kanak-kanak, keluarga dan terapi berkumpulan.
Penilaian Psikologi merangkumi:
  • Fungsi kognitif/intelektual
  • Neuropsikologi
  • Personaliti
  • Masalah pembelajaran
  • Pertumbuhan dan perkembangan
  • Emosi
  • Fungsi adaptasi
  • ADD/ADHD
  • Autisme
  • Minat kerjaya
Perkhidmatan Psikologi diberi untuk:
  • Masalah kemurungan, kesedihan, dan penyesuaian diri
  • Masalah perhubungan dan keluarga,
  • Isu-isu kendiri, identiti dan keasertifan
  • Masalah kebimbangan (kerisauan tinggi, panik, obsesif-kompulsif, fobia, tekanan pascatrauma)
  • Masalah pergurusan tingkahlaku,
  • pembelajaran/akademik, pertumbuhan dan perkembangan
  • Masalah tidur, seksual, pemakanan, dan ketagihan
  • Masalah tempat kerja (perkembangan kakitangan, kepuasan, penyesuaian kerja, keselamatan dan kesihatan tempat kerja)
  • Pengurusan tekanan jiwa, kemarahan dan sakit fizikal,
Prosedur Klinik
Klinik Psikologi menerima pelanggan dengan temujanji sahaja. Pelanggan hanya boleh dirujukkan oleh doktor perubatan, ahli kesihatan mental, ahli terapi carakerja, ahli patologi pertuturan, kaunselor berdaftar, pekerja sosial, atau guru.

Temujanji boleh dibuat oleh ejen merujuk melalui telefon, e-mel atau hadir sendiri.

Pelanggan dikehendaki mendaftar diri pada sesi pertama. Dokumen-dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran:
  • (a) Kad pengenalan/ Pasport / Sijil Kelahiran
  • (b) Surat jaminan/guarantee majikan (tempoh sah-laku selama 3 bulan sahaja) / Kad pesara
  • (c) Surat sekolah
  • (d) Surat rujukan dari ejen merujuk
Caj Klinik
Pendaftaran pertama: RM30
Pendaftaran seterusnya: RM 5*
*Percuma untuk pekerja kerajaan/pesara dengan surat jaminan/kad pesara

Penilaian Psikologi
Sesi penilaian psikologi bergantung kepada alat penilaian yang digunakan dan juga kemampuan pelanggan. Penilaian fungsi kognitif biasanya berlansung selama 2 jam, manakala penilaian lain boleh berjalan dari 10 minit sehingga sejam.

Prosedur Terapi/Intervensi
Pada sesi pertama, ahli terapi anda akan membuat penilaian awal untuk mendapatkan informasi tertentu untuk intervensi. Sesi pertama biasanya dijalankan selama 1.5 jam. Sesi-sesi yang seterusnya biasanya berjalan selama 45 minit sesesi.
Klinik Psikologi UPK juga berfungsi sebagai klinik penyelidikan. Anda mungkin diberi peluang untuk menjadi peserta penyelidikan dari masa ke semasa. Pernyertaan penyelidikan mengikut sukarela anda.

Jaminan kerahsiaan
Semua ahli terapi dibantu dan diberi penyeliaan dalam semua kes klinikal oleh sekumpulan pakar psikologi klinikal yang amat bertauliah. Kes klinikal dan perbincangan kes hanya dikendalikan oleh penyelia klinikal dan pelatih sahaja. Bahan kes yang tidak digunakan lagi akan dimusnahkan untuk megurangkan risiko identiti pelanggan dari diketahui umum.

Waktu Klinik:
Isnin - Jumaat: 8.30pg - 4.30ptg

Kes Baru:
Selasa (Terapi): 8.30pg - 4.30ptg
Rabu (Penilaian Psikologi): 2.00ptg - 4.30ptg

Pakar Psikologi Klinikal:
En. Alex Ng Wei Siong
B Psych(Counselling) (UMS), MA (Psikologi Klinikal) (UKM)