OUR
PROFILE |
|
HKL
BOARD OF VISITORS 2010/2013 |
| Latarbelakang Penubuhan Lembaga Pelawat | |
Lembaga
Pelawat ditubuhkan dengan tujuan memberi nasihat kepada pihak berkuasa
hospital tentang kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang perlu diperbaiki.
Di samping itu, ianya juga merupakan satu-satunya cara pihak hospital
dapat menjalinkan perhubungan yang lebih rapat di antara pesakit, orang
awam, pegawai-pegawai dan kakitangan hospital. |
|
Tugas Dan Fungsi Yang Perlu Dilaksanakan Oleh Ahli Lembaga Pelawat |
|
(a) |
Penghubung Antara Hospital Dan Komuniti |
Bertindak
sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan Komuniti.
Ahli Lembaga boleh memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan
memberi penerangan jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan
dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta
masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan
kepada orang ramai. Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital
akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga Pelawat akan disanjung
tinggi. |
|
(b) |
Mengadakan Lawatan Ke Hospital |
Mengadakan
lawatan ke hospital yang akan mendapat maklum mengenai perkhidmatan yang
diberikan di Hospital, masalah-masalah yang dihadapi oleh hospital berkaitan
perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit
dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan
bagi membantu pesakit dan waris. Ahli Lembaga hendaklah menyediakan laporan
mengenainya selepas setiap rawatan dan membincangkan dalam mesyuarat Ahli
Lembaga Pelawat. |
|
(c) |
Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit Dan Hospital |
Memberi
perkhidmatan kebajikan kepada pesakit-pesakit dan hospital umpamanya dengan
mengumpul buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan
pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan barang-barang
permainan kepaa pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu, Ahli Lembaga
juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan
misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni taman, tempat pesakit
berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan
positif daripada Ahli Lembaga Pelawat. |
|
(d) |
Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital |
Melibatkan
diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah,
kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga boleh mengatur program-program
berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program-program yang membina. |
|