MASJID AS SYIFA

Masjid As Syifa terletak bertentangan dengan Klinik Ortopedik. Masjid ini telah dibuka pada tahun 1975 dan dirasmikan pada tahun 1976. Masjid ini terbuka kepada umum, yang merangkumi kakitangan HKL dan orang ramai.

Masjid As Syifa yang dahulunya terbuka kepada orang ramai sepanjang masa, telah dihadkan waktu penggunaannya, iaitu dibuka pada waktu subuh dan ditutup selepas waktu isyak. Perubahan ini adalah disebabkan berlakunya kes kecurian di dalam masjid.

Kegiatan-kegiatan yang sering dianjurkan oleh pihak masjid termasuklah Qiamulai, ceramah berbentuk agama dan motivasi, bacaan Quran dan kursus jenazah.