| NATIONAL
TRANSPLANT RESOURCES CENTRE |
|
| |
|
| PENGENALAN Ditubuhkan pada 1hb November 1997 dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr Abu Bakar bin Suleiman. Ia juga merupakan salah satu daripada Projek Kemasyarakatan oleh Kelab Rotary Bangsar (Rotary Club of Bangsar) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Persatuan Transplantasi Malaysia (Malaysia Society of Transplantation).
Sebagai sebuah pusat maklumat berterusan kepada masyarakat dalam menyalurkan maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. Melaksanakan dan memastikan program kesedaran pendermaan organ dan tisu berjalan lancar di seluruh negara. Melaksanakan proses pendaftaran para pengikrar atau bakal penderma organ dan tisu ke dalam sistem pengkalan data (database) untuk tujuan rekod dan rujukan. Menjalinkan hubungan serta bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO’s) serta media masa dalam mempromosikan dan menyebarkan maklumat yang betul berkenaan dengan pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. Berfungsi sebagai sebuah secretariat untuk "National Transplant Organizational Framework" untuk pemindahan organ dan tisu. Memberikan penerangan menerusi kempen-kempen dan ceramah-ceramah kepada masyarakat berkenaan dengan isu pendermaan organ dan tisu serta transplantasi. Mengekalkan dan memastikan rekod-rekod bakal-bakal penderma dalam pengkalan data sentiasa dikemaskini. MATLAMAT
LOKASI
WAKTU BEKERJA
CAWANGAN
Membuat keputusan untuk mendermakan organ dan tisu orang yang tersayang bukanlah satu keputusan yang mudah. Dengan membuat pengikraran untuk mendermakan organ dan tisu semasa hidup akan membuatkan proses lebih mudah dan dapat mengurangkan tekanan terhadap keluarga. Dengan bersetuju untuk mendaftar dengan Pusat Sumber Transplan Nasional sebagai pengikrar, akan membenarkan organ dan tisu anda diambil dan digunakan selepas kematian untuk menyelamatkan lebih daripada satu nyawa. klik untuk >>>>>>Borang Pendaftaran Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringkatkan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita. Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan. Siapakah yang layak menjadi penderma? Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu. Apakah itu pendermaan organ? Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia. Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia. Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan? Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit. Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperolehi? Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertuliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu. Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seorang penderma? Tidak! Doktor-doktor yang merawat aanda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telah disahkan. Adakah terdapat bantahan dari sudut agama? Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia. Bagaimana organ pendermaan itu dipindahkan? Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang pendermaan ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa. Bagaimana jika anda berubah fikiran menderma? Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami. Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah? Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah. Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ? Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa. Anda dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu kepada keluarga “ANDA” Ini akan memudahkan serta melincinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak. (TRANSPLANT PROCUREMENT MANAGEMENT UNIT) Sekiranya ada potensi pendermaan organ dan tisu Sila hubungi Koordinator Transplan Atas Panggilan No. Telefon Electcom : 03-79578855 No. Pager : E 739776 (Dr. Lela Yasmin/Dr. Sahimi) No. Pager : E 739444 ( Koordinator Transplan ) No. Telefon Bimbit : 013-3759987 No. Telefon Pusat Sumber 03-26156576 / 03-26942704 /03-26942705 (Waktu Pejabat) Talian Bebas Tol 1800-88-9080 LATARBELAKANG Ianya merupakan sebuah unit peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses pengambilan organ dan tisu penderma kadaverik. Peringkat awalnya unit ini berpusat di Hospital Kuala Lumpur dan di kenali sebagai HKL TPMU. Unit ini pada peringkat awalnya adalah di bawah tanggungjawab Pengarah Hospital Kuala Lumpur secara langsung dan memberi laporan terus kepada pejabat pengarah. Unit ini akhirnya akan menjadi lebih berdikari dengan belanjawan dan pejabatnya sendiri. Unit ini berfungsi secara berasingan daripada pasukan pemindahan organ. Tujuan utama unit ini adalah untuk meningkatkan kadar perolehan organ dan tisu yang berkualiti dari penderma kadaverik di negara ini dengan meningkatkan profesionalisma dalam proses perolehan organ dan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kadar pendermaan organ di kalangan masyarakat Malaysia. Unit ini menyediakan perkhidmatan 24 jam di Hospital Kuala Lumpur dan lain-lain hospital di setiap negeri dalam menjalankan penyelarasan dan pengurusan semua aspek berkaitan pengambilan organ dan tisu dari penderma kadaverik. Pengurusan Pusat-Pusat Sumber Transplan juga akan digabungkan kedalam unit ini. FUNGSI :
Unit ini terdiri daripada kakitangan perubatan, paramedik dan kakitangan bukan perubatan (Transplant Procurement Managers , Coordinators, Resource Officers) yang bertugas sepenuh masa yang fungsi utama mereka adalah untuk mengenalpasti penderma dan menguruskan segala proses yang menuju kepada pendermaan organ dan tisu. Untuk memastikan kejayaan transplan dan pendermaan organ, satu struktur karier dan peningkatan karier perlu ada untuk memastikan kakitangan yang mahir dan berpengalaman dapat dikekalkan. KOMPOSISI
The National Kidney Foundation of Malaysia - No of hits The National Kidney Foundation of Malaysia or NKF was founded by the Rotary Club of Petaling Jaya on 16th January 1970. An independent, non-profit charitable organisation, NKF, is dedicated to helping Malaysians suffering from kidney. The Transplant Journey, for youngsters, a multimedia trip through the transplant process, featuring cartoons, medical illustrations, animations, and a complete glossary with audio. The transplant community is joined under a nationwide umbrella: The United Network for Organ Sharing, or UNOS. Providing information regarding live unrelated transplant in UK and the ULTRA (Unrelated Live Transplant Regulatory Authority) as The Authority Secretariat. Click the below address for direct to ULTRA. |
|