PONDOK POLIS

Pondok Polis ini terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke wad kecemasan. Pondok polis ini didirikan dengan tujuan untuk menjaga aspek keselamatan di HKL. Selain membantu pengurusan HKL dalam soal keselamatan, pihak polis juga menghulurkan bantuan sekiranya terdapat suspek atau kenderaan yang ditinggalkan di perkarangan hospital. Perkhidmatan pihak unit mobil peronda dari IPD Dang Wangi yang membuat rondaan selama 24 jam turut diadakan di perkarangan hospital.

Perkhidmatan yang disediakan oleh pondok polis ini:-

  1. Terima segala jenis aduan di pondok polis (samada di pondok polis atau di wad);
  2. Mengesan/menghubungi waris kepada pesakit yang gagal dihubungi;
  3. Mengurus hal-hal berkaitan jenazah yang tidak beridentiti bagi mengesan waris dan juga identiti si mati.

 

BACK