PERTUBUHAN RUMAH PERANTARAAN HOSPITAL KUALA LUMPUR (PRP HKL)


Latar Belakang Penubuhan PRP HKL
i.
Mac 1995 - RPHKL dibuka & menyewa 5 unit rumah pangsa DBKL;
ii.
1995 - Bilangan rumah disewa adalah 19 unit bagi menampung pesakit yang tidak perlu dimasukkan ke dalam wad ;
iii.
10 Disember 1997 - Rumah Perantaraan didaftarkan sebagai Pertubuhan & dikenali sebagai Pertubuhan Rumah Perantaraan HKL;
iv. 2002 - Bilangan rumah bertambah kepada 24 unit untuk mengurangkan kesesakan;
v. HKL sebagai Institut Pusat Rujukan Negara oleh pesakit seluruh negeri. Terdapat 2500 katil & pesakit luar seramai 4000 pesakit sehari dan
vi. Jawatankuasa Pertubuhan RP HKL ditubuhkan untuk mengurangkan kesesakan di wad & pengiring pesakit dapat tinggal dengan selesa.
vii. Pada Oktober 2007 - Rumah Perantaraan Hospital Kuala Lumpur (RPHKL) telah memulakan operasinya di lokasi yang baru iaitu di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak menggantikan Flat Pekeliling yang telah dirobohkan.
viii. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah meluluskan 10 unit pangsa 3 bilik kepada Jawatankuasa Rumah Perantaraan HKL bagi digunakan oleh pesakit-pesakit dan pengiring pesakit yang datang dari luar Lembah Klang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Pesakit-pesakit dan pengiring mereka ini merupakan golongan yang tidak mampu untuk menyewa hotel / rumah tumpangan semasa mereka menjalani rawatan harian di HKL.

Tujuan Rumah Perantaraan HKL
i.
Tempat tinggal sementara bagi waris (penjaga) pesakit & pengiring pesakit semasa mendapatkan rawatan di HKL;
ii.
Menganjurkan aktiviti untuk mengisi Tabung Pertubuhan.;

Keahlian
i.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bekerja di HKL dan
ii.
Setiap orang yang menerima jemputan Jawatankuasa perlu mengisi borang permohonan yang ditentukan.

Jawatankuasa Pengurusan PRP HKL
PENASIHAT
Pengarah Hospital Kuala Lumpur
PENGERUSI
Timbalan Pengarah (Perubatan) HKL
SETIAUSAHA
Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL
PENOLONG SETIAUSAHA
Pegawai Kerja Sosial Perubatan HKL
BENDAHARI
Pegawai Kerja Sosial Perubatan HKL
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
i. Penaja-penaja Rumah Perantaraan HKL;
ii. Pegawai Kerja Sosial Perubatan HKL;
iii. Wakil daripada Pertubuhan Sukarela HKL;
iv. Penyelia Rumah Perantaran HKL;
v. Wakil dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Penaja-Penaja Rumah Perantaraan HKL
i.
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia;
ii.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP);
iii.
Pusat Zakat Selangor;
iv. Pejabat Perhubungan Negeri Sabah;
v. Yayasan Habib;

Kriteria Untuk Tinggal Di Rumah Perantaraan HKL
i.
Pesakit/pengiring kepada pesakit yang sedang menjalani rawatan di HKL;
ii.
Tinggal di Rumah Perantaraan (RP) HKL semasa sedang mendapatkan rawatan di HKL;
iii.
Warganegara Malaysia

Cara Permohonan Kemasukan Ke RP HKL
i.
Pesakit/pengiring pesakit dirujuk oleh pakar/pegawai Perubatan dari wad/klinik HKL;
ii.
Menggunakan borang rujukan yang boleh didapati di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, klinik pakar & wad HKL;
iii.
Pesakit/pengiring pesakit membawa borang rujukan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL untuk penilaian Pegawai Kerja Sosial Perubatan;
iv. Pesakit/pengiring membawa borang kelulusan ke Rumah Perantara HKL untuk penempatan sementara dan
v. Pembayaran:
  - Deposit - RM20.00
- Caj Harian - RM5.00 dan ke bawah

Kemudahan Di RP HKL
i.
Bilangan unit: 10 unit;
ii.
Maksima penghuni: 5 orang/unit;
iii.
Kemudahan: katil, peti sejuk, televisyen, periuk nasi, microwave, almari dan lain-lain perabut dan
iv. Konsep: Suasana rumah - kebersihan, makanan, keselamatan, disiplin dan lain-lain.

Peraturan-Peraturan Tinggal Di RP HKL
i.
RP sebagai tempat penginapan sementara ;
ii.
Penghuni bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah & keselamatan peralatan-peralatan di RP ;
iii.
Penghuni hendaklah membayar gantirugi atas kerosakan peralatan rumah & menanggung segala perbelanjaan membaiki jika berlaku sebarang kerosakan pada barang-barang tersebut;
iv. Pihak pengurusan RP tidak bertanggungjawab atas kerugian & kehilangan barang-barang persendirian;
v. Pihak pengurusan RP tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan, kecederaan & kematian semasa menginap di RP;
vi. Penghuni lelaki dilarang masuk ke rumah penghuni perempuan & ebaliknya;
vii. Dilarang membazir elektrik dan air;
viii. Dilarang menampal kertas-kertas, menconteng & menulis atau memaku di dinding rumah tersebut tanpa kebenaran Pengurusan RP;
ix. Dilarang membawa masuk makanan & minuman yang tidak halal seperti daging babi dan arak ke dalam RP termasuk aktiviti berjudi;
x. Mematuhi peraturan pihak Pengurusan RP dari semasa ke semasa;
xi. Jika penghuni melanggar peraturan RP, ia boleh diarah keluar serta-merta;
xii. Sebelum meninggalkan RP, penghuni mesti memaklumkan kepada penyelia;
xiii. Sesiapa yang tidak berdaftar sebagai penguni RP dilarang berada di RP.

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan:

JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
HOSPITAL KUALA LUMPUR

50586 KUALA LUMPUR
Hospital Kuala Lumpur


Tel: 03-2615 5961 / 2615 6464
Fax: 03-2694 3942