Head of Department Dr. Omar bin Sulaiman
Phone 03-26810680
Fax 03-26810681
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Website www.dermaorgan.gov.my
Social media www.facebook.com/dermaorgan
www.twitter.com/dermaorgan

SEKILAS PANDANG

•    Ditubuhkan pada 1 November 1997
•    Terletak di Lobi HKL dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
•    Kini beroperasi di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
•    Berperanan dalam mengendalikan kes kes pendermaan organ selepas kematian di seluruh negara.

OBJEKTIF

•    Sebagai pusat maklumat berterusan kepada masyarakat mengenai pendermaan organ dan transplan di Malaysia.
•    Menguruskan  pendaftaran pengikrar pendermaan organ seluruh negara.
•    Melaksanakan program kesedaran pendermaan organ dan transplantasi
•    Mendaftarkan dan menyimpan rekod pengikrar pendermaan organ ke dalam sistem rekod untuk tujuan rujukan.
•    Menjalinkan hubungan dengan pelbagai agensi bagi menyebarkan maklumat

MISI

•    Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk:
•    Mencapai sepenuhnya kemampuan pendermaan organ.
•    Menghargai organ dan tisu sebagai aset yang bernilai.
•    Mengambil langkah positif meningkatkan lagi tahap penerimaan derma organ dan tisu
   
VISI

•    Malaysia akan  menjadi sebuah Negara yang terdiri daripada individu dan masyarakat yang prihatin serta menerima konsep pendermaan organ dan tisu sesuai dengan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang.
•     Meningkatkan lagi kadar pendermaan organ supaya setiap warganegara Malaysia yang memerlukan pemindahan organ akan mendapat peluang untuk menerima organ dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

FUNGSI KLINIKAL

1)    Mengadakan rondaan klinikal setiap hari di kawasan-kawasan kritikal seperti neuro icu, kecemasan, forensic dan wad wad.
2)    Mengenalpasti pesakit pesakit mati otak dan mati jantung untuk kes kes potensi penderma organ selepas kematian
3)    Menilai pesakit pesakit meninggal dunia untuk kesesuaian menjadi penderma organ/tisu
4)    Menguruskan ujian mati otak untuk pesakit mati otak
5)    Mengadakan kaunseling keluarga pesakit potensi derma organ beserta melakukan “approach” pendermaan organ
6)    Koordinasi kes-kes pendermaan organ dari peringkat pengambila organ sehinggalah dihantar ke pusat transplan
7)    Mengadakan kaunseling susulan dengan keluarga penderma organ
8)    Menerima rujukan kes di seluruh negara bagi kes kes pendermaan organ selepas kematian.

PUSAT KESEDARAN AWAM & LATIHAN DERMA ORGAN
 
1)    Mengumpul dan menjalankan pendaftaran pengikrar penderma organ & tisu daripada masyarakat seluruh negara.
2)    Sebagai pusat maklumat berterusan kepada masyarakat awam dalam menyalurkan maklumat dan pengetahuan berkenaan dengan pendermaan organ & tisu serta transplantasi.
3)    Melaksanakan dan memastikan program kesedaran pendermaan organ & tisu berjalan lancar di seluruh negara.
4)    Menjalinkan hubungan dan bekerjasama dengan badan-badan kerajaan,NGO serta media massa dalam mempromosikan dan menyebarkan maklumat yang betul berkenaan dengan pendermaan organ & tisu serta transplantasi.
5)    Menjalankan program kesedaran pendermaan organ kepada masyarakat umum. Termasuk:

-    Kempen kesedaran pendermaan organ
-    Pameran Pendermaan Organ
-    Ceramah  Pendermaan Organ
-    Temuramah
-    Kempen Media Massa
-    Pendaftaran secara online
-    Membekalkan bahan kempen & pameran
-    Pusat rujukan negara mengenai pendermaan organ
-    Bekerjasama dengan agensi lain, badan bukan kerajaan dan sebagainya.
-    Menjalankan program latihan dan pendidikan kepada badan kerajaan, swasta dan NGO.
-    Menyelaras daftar pengikrar penderma organ.

Go to top