Ketua Jabatan YBrs. Dr. Norhayati binti Marzuki
Telefon 603-40232966
Faks 603-40218807
E-mel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Institut Perubatan Respiratori (IPR) adalah sebuah hospital di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi perkhidmatan Kepakaran Perubatan Respiratori. Ianya terletak di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Sejarah Penubuhan

Sejarah institut ini bermula pada tahun 1958 di mana ia dikenali sebagai Klinik Tibi Jalan Pahang. Pada tahun 1961, klinik ini telah bertukar nama kepada Pusat Tibi Negara (PTN) bersesuaian dengan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengatasi masalah penyakit tibi. Dengan perluasan skop perkhidmatan respiratori yang diberikan, nama PTN telah ditukarkan kepada IPR pada tahun 1996. Ianya menawarkan perkhidmatan rawatan kepakaran dan nasihat kepada pesakit respiratori serta menyediakan latihan kepakaran dalam disiplin ini.

 

IPR Kini

VISI

Institut Perubatan Respiratori akan menjadi pusat perubatan respiratori terunggul di peringkat kebangsaan melalui amalan berasaskan bukti, komprehensif, berteknologi terkini dan bermodalkan insan berkualiti yang menepati kehendak pelanggan.

MISI

Institut Perubatan Respiratori komited untuk memberi perkhidmatan perubatan respiratori yang komprehensif melalui satu pasukan yang prihatin, penyayang, penuh ihsan, dan berfokus di dalam persekitaran berteknologi tinggi untuk:

i. Memastikan perawatan berterusan, akut, sub-akut dan kronik mengikut piawaian yang tinggi berasaskan bukti, fleksibiliti dan bertanggungjawab kepada keperluan dan kehendak pelanggan

ii. Mengurus dan membangunkan modal insan ke arah kecemerlangan yang berlandaskan visi

iii. Mencapai peningkatan status kesihatan komuniti melalui kolabrasi, perkongsian dan bekerjasama dengan sector awam, swasta, serta individu

iv. Mempunyai kapasiti untuk berkembang pada masa hadapan agar dikenali sebagai pusat kecemerlangan yang menjadi pilihan warga kerja dan pesakit melalui budaya pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang Perubatan Respiratori.

OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN

i. Diiktiraf diperingkat kebangsaan dan antarabangsa kerana kualiti perkhidmatan perawatan respiratori yang unggul.

ii. Diiktiraf sebagai pusat latihan yang menyediakan profesional kesihatan agar dapat berperanan dalam bidang perawatan respiratori masa kini dan masa akan datang.

iii. Diiktiraf kerana mempunyai tahap keselamatan rawatan yang tinggi, dengan mengintegrasikan amalan terbaik secara konsisten dan mengamalkan kemahiran serta pengetahuan terkini dalam perkhidmatan perubatan respiratori yang diberi.

iv. Membangunkan model program promosi kesihatan dan pengurusan kendiri bagi mempertingkatkan taraf kesihatan keseluruhan masyarakat.

v. Meneraju dalam pendidikan berterusan kepada anggota kesihatan dalam memperkasakan kopentensi.

vi. Menyumbang kearah memahami dengan lebih mendalam masalah rawatan dan cara mempromosi penyakit

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti

Perkhidmatan

1. Perkhidmaan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran, tarikh temujanji dan/atau keadaan pesakit

2. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan

3. Setiap pelanggan akan diberi rawatan yang komprehensif. Pelanggan yangmemerlukan rawatanspesifik/kepakaran yang tiada disediakan di IPR akan dirujuk ke hospital yang berkaitan

4. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah terjamin

5. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan

6. Memastikan piagam pelanggan di setiap unit dipatuhi

Tanggungjawab pelanggan

1. Setiap pelanggan dan ahli keluarga dikehendaki memberikan komitmen terhadap proses rawatan dan perkhidmatan yang diberikan

2. Setiap pelanggan dikehendaki menggunakan kemudahan secara bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkaitan.

CARTA ORGANISASI

 

PERKHIDMATAN JABATAN

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

Perkhidmatan Teras
      i) Perubatan Tidur
      ii) Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik
      iii) Asma
      iv) Tuberkolosis
      v) Kanser paru-paru
      vi) Hipertensi paru-paru
      vii) Ventilasi bukan invasif
      viii) Berhenti merokok
      ix) Penyakit paru-paru interstitial
      x) Pulmonary Physiology


Perkhidmatan Torasik Endoskopi

Perkhidmatan Torasik Endoskopi di Institut Perubatan Respiratori bermula pada tahun 1982 yang dimulai dengan perkhidmatan Bronkoskopi Fleksibel dan Teraputik. Seterusnya perkhidmatan ini berkembang dari tahun ke tahun. Berikut adalah perkhidmatan Torasik Endoskopi yang ditawarkan oleh IPR kepada pelanggan.
    i) Bronkoskopi Fleksibel Diagnostik dan Teraputik;
    ii) Pleuroskopi Diagnostik dan Teraputik;
    iii) Biopsi Transbronkial;
    iv) EBUS (Endobronchial Ultrasound)

Ujian Bronkoskopi

Ujian Paru-paru penuh

Kemudahan Makmal Tidur

JADUAL KLINIK

Disiplin

Jadual Klinik

Waktu Mula Operasi

Waktu Tamat Operasi

Hari Klinik Beroperasi

Klinik Respi

Klinik Asma

8:00 pagi

05:00 petang

Selasa

Rabu

Jumaat

Klinik Respi

Klinik Perubatan Tidur

8:00 pagi

05:00 petang

Rabu

Jumaat

Tibi

Klinik Tibi

8:00 pagi

05:00 petang

Isnin

Khamis

Klinik Kanser

Klinik Kanser

8:00 pagi

05:00 petang

Selasa

Klinik Pakar

Klinik Paliatif

8:00 pagi

12.00 tengahari

Setiap hari

Klinik Pakar

Klinik ILD

8.00 pagi

12.00 tengahari

Selasa

PENYELIDIKAN DAN LATIHAN DI JABATAN

Institut ini mempunyai program CME biasa pada setiap hari Rabu pagi. Ia biasanya disampaikan oleh pakar perubatan dan dipengerusikan oleh Perunding kanan. Topik yang dikemukakan adalah mengenai maklumat terkini mengenai pengurusan penyakit pernafasan.

Program latihan untuk kejururawatan diadakan pada hari Khamis petang setiap minggu.

Mesyuarat morbiditi dan kematian diadakan setiap minggu sekali untuk mengkaji semua kes. Mesyuarat ini bukan hanya berfungsi sebagai pengauditan dalaman tetapi juga sebagai proses pembelajaran bagi doktor dan kakitangan perubatan.

Selain itu, IPR juga turut bekerjasama dengan Pertubuhan Perubatan Pascasiswazah, IPR (PPPIPR) dalam menganjurkan kursus-kursus berkaitan Tibi dan Respiratori sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan terbuka kepada kakitangan kesihatan dari seluruh Malaysia.

Go to top