Head of Department En. Mohd Nor Bin Ab Mubin
Phone 03-26156400
Fax 03-26910085
Email
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

LATAR BELAKANG

Pada 04 November 2010 Perbendaharaan Malaysia telah bersetuju meluluskan penubuhan Unit Kawalselia Khidmat Sokongan Hospital di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Asas penubuhan adalah sebagai inisiatif Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM dalam mengambilalih tugas dan peranan SIHAT yang tamat perkhidmatannya secara rasmi pada 31 Oktober 2011. Unit Kejuruteraan (Operasi), Hospital Kuala Lumpur telah mula beroperasi pada Disember 2009 yang mana pada ketika itu Unit ini diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan. Unit ini berperanan mengambilalih peranan SIHAT dalam melaksanakan pemantauan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) di Hospital Kuala Lumpur.

OBJEKTIF

  • Memantau pelaksanaan penswastaan enam (6) perkhidmatan sokongan hospital bagi ’Facility Management Services(FMS), ’Facility Engineering Maintenance Services’ (FEMS), ’Biomedical Engineering Maintenance Services’ (BEMS), ’Linen and Laundry Services’ (LLS), ’Cleansing Services’ (CLS) dan ’Healthcare Waste Management Services’ (HWMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dan keperluan seperti yang termaktub di dalam perjanjian konsesi.
  • Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna HKL dengan memastikan kehendak dan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipatuhi.
  • Memastikan perkhidmatan sokongan hospital yang diberikan oleh Syarikat Konsesi adalah cekap dan selamat.

 

MISI

Misi kami ialah untuk memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dipantau dan dilaksana dengan berkesan melalui:

  • Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan sistem dan peralatan ’Facility Engineering Maintenance Services’ (FEMS) di hospital selamat digunakan

  • Pematuhan sepenuhnya kepada MS IEC 60601 bagi kesemua peralatan ’Biomedical Engineering Maintenance Services’ (BEMS) serta pematuhan kepada MS 838 bagi peralatan radiologi.

  • Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ’Healthcare Waste Management Services’ (HWMS) berjalan secara teratur dan selamat dari aspek kesihatan.

  • Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ’Cleansing Services’ (CLS) berjalan secara teratur dan selamat.

  • Pematuhan kepada ’Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ’Linen and Laundry Services’ (LLS) berjalan secara teratur dan selamat.

 

VISI

Menjadi badan pemantau profesional dalam memastikan keberkesanan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam 6 perkhidmatan utama iaitu ‘Facility Management Services’ (FMS), ’Facility Engineering Maintenance Services’ (FEMS), ’Biomedical Engineering Maintenance Services’ (BEMS), ’Linen and Laundry Services’ (LLS), ’Cleansing Services’ (CLS) dan ’Healthcare Waste Management Services’ (HWMS) bagi menjamin kesejahteraan dan pembangunan Institusi Kesihatan Kerajaan berteraskan modal insan yang kreatif dan inovatif.

 

 

 

FUNGSI UNIT KEJURUTERAAN

  • Mengawal selia serta menyemak laporan prestasi Syarikat Konsesi bagi perkhidmatan FEMS, BEMS, CLS, CWMS, LLS (melalui CMIS) berdasarkan khidmat nasihat juruperunding dan memastikan bahawa Projek Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital (KSH) dijalankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan di dalam Kontrak Perjanjian (CA) serta mengambil tindakan ke atas isu-isu berkaitan KSH.

  • Mengadakan mesyuarat bulanan (VCM) bagi memantau 5 Perkhidmatan Sokongan Hospital (FEMS, BEMS, CLS, LLS & CWMS.

  • Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perkhidmatan dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkenaan Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.

  • Menjalankan pemeriksaan ke atas aduan yang dilakukan oleh pihak user di lokasi berkenaan.

  • Menghadiri T&C berkaitan kerja-kerja naiktaraf peralatan, pemasangan kejuruteraan, projek baru, fasiliti baru dan lain-lain yang berkenaan.

  • Menyemak permohonan pelupusan asset dalam membantu proses pengeluaran Sijil PEP (KEW.PA-16) bagi Hospital.

Go to top