Head of Department Encik Zainor bin Zailan
Phone 03-26156166
Fax 03-26989845
Email
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan kepolisan dan keselamatan perlindungan dengan cekap dan berhemah serta meningkatkan tahap keselamatan pada setiap masa dan menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pengurusan HKL serta Perintah Tetap Ketua Polis Negara (A501) demi menjaga nyawa dan harta benda.

MISI

Menjadi “Role Model” dan institusi Pasukan Polis Bantuan di bawah pentadbiran Kerajaan yang terunggul.

VISI

Untuk mewujudkan suasana persekitaran hospital yang selamat, dengan menerapkan nilai-nilai murni, berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja selamat pada setiap masa kepada kakitangan, pesakit dan pelawat selaras dengan kehendak HKL, KKM dan negara.

Kami dari Seksyen Keselamatan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan yang berurusan di Hospital Kuala Lumpur berdasarkan setiap urusan kerja:-
    - Memberikan perkhidmatan keselamatan kepada semua kakitangan, pesakit dan pelawat yang berurusan setiap masa;
    - Memberikan khidmat sokongan kawalan trafik setiap masa;
    - Memproses kad pengenalan jabatan dalam tempoh 5 hari bekerja;
    - Memberi jawapan ke atas aduan yang dilaporkan dalam tempoh 5 hari bekerja; dan
    - Memantapkan sistem keselamatan yang berkualiti, cekap dan berkesan, telus dan mesra pelanggan berdasarkan nilai-nilai murni.

Selain dari yang dinyatakan, Cawangan ini juga berfungsi 24 jam sehari untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti berikut :-
    - Memberikan khidmat nasihat mengenai keselamatan perlindungan;
    - Melaksanakan dan memastikan tugasan operasi yang ditetapkan;
    - Menyelaras aspek pengurusan keselamatan fizikal, dokumen, peribadi dan perlindungan ICT;
    - Memastikan kelancaran pengurusan operasi dan tugasan anggota Polis Bantuan;
    - Membangunkan modal insan dan memberi latihan kesedaran keselamatan perlindungan;
    - Membantu menyediakan dan mengeluarkan arahan-arahan keselamatan perlindungan dari semasa ke semasa;
    - Memeriksa dan menjalankan siasatan dalaman serta pemeriksaan dan siasatan bersama pihak berkuasa ke atas pelanggaran keselamatan perlindungan;
    - Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua jabatan atau Pegawai Keselamatan Jabatan dari semasa ke semasa.

Go to top