Head of Department Norazah binti Muhamad Azha
Phone 03-26155013
Fax 03-26989845
Email
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PENGENALAN

 

Unit Komunikasi Korporat (UKK), Hospital Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Unit Perhubungan Awam (UPA) ditubuhkan pada tahun 2007, diketuai seorang Pegawai Perhubungan Awam, Gred S41 dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Gred S27.  Kini, tujuh (7) perjawatan telah diwujudkan di Unit ini, diketuai oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Gred  S48, seorang Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Gred S44, dibantu oleh tiga (3) Pegawai Perhubungan Awam, Gred S41 dan dua (2) orang Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Gred S29.

 

Pada tahun 2010, Unit ini telah dikembangkan dengan perpindahan perjawatan Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred S19 seramai 14 orang untuk bertugas di beberapa Kaunter Utama Informasi Dan Pertanyaan, iaitu di Blok Utama, Bangunan Kompleks Pakar & Rawatan Harian, Jabatan Pesakit Luar Dan Institut Pediatrik.  Manakala dua (2) lagi Pegawai Khidmat Pelanggan tersebut ditempatkan di Klinik Ortopedik & Trauma serta di Klinik Oftalmologi.

 

Pada tahun 2014, semua Pegawai Khidmat Pelanggan, Gred S19 (Telefonis) telah dipindahkan perjawatannya di bawah seliaan Unit Perhubungan Awam selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Awam (PKPA Bil.1/2008) mengenai Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan.

 

VISI

Penyelaras utama komunikasi dan perhubungan pelanggan dalaman dan luaran.

 

MISI

Memastikan pelanggan-pelanggan Hospital Kuala Lumpur medapat maklumat dan informasi terkini melalui pelbagai medium saluran komunikasi serta semua pertanyaan dan maklumbalas pelanggan diberi keutamaan dan layanan yang sepatutnya.

 

OBJEKTIF  

  1. Memastikan segala Aduan Awam dapat dilaksanakan / diproses dengan kadar segera;
  2. Memastikan maklumat mengenai Dasar, Program dan Aktiviti Hospital Kuala Lumpur dapat disalurkan kepada orang ramai dan media massa;
  3. Memastikan program dan aktiviti Jabatan di HKL mendapat publisiti yang meluas dan mendapat liputan media;
  4. Meningkatkan jaringan perhubungan awam dalaman dan luaran  di Kementerian, Jabatan / Agensi Kerajaan, Korporat & orang awam dalam dan luar negara;
  5. Memastikan majlis-majlis anjuran Hospital Kuala Lumpur teratur dari segi protokal dan pengacaraan; dan 
  6. Memastikan segala isu mengenai Hospital Kuala Lumpur dapat dipantau dan ditangani dengan cepat, pantas dan berkesan.  

 

TUGAS/PERANAN UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

  1. Aktiviti Perhubungan Awam
  2. Urusetia Aduan
  3. Pengurusan Maklumat Multimedia
  4. Pengurusan Lawatan
  5. Perkhidmatan Kaunter Pertanyaan dan Informasi

 

  1. AKTIVITI PERHUBUNGAN AWAM
  • - Bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam Hospital
  • - Merancang dan melaksanakan aktiviti perhubungan awam   
  • - Sebagai penasihat media kepada pihak pengurusan   
  • - Menjalin hubungan baik dengan pihak media   
  • - Menyelaras permohonan media untuk mengadakan wawancara, penggambaran dan sebagainya   
  • - Mengatur dan menyelaras sidang media   
  • - Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang untuk media 

 

  1. URUSETIA ADUAN
  • - Bertindak sebagai Urusetia Aduan peringkat hospital.
  • - Memantau dan memberi maklum balas terhadap setiap aduan yang diterima melalui berbagai saluran (surat, e-mel, media, telefon, datang sendiri, BPA dan peti cadangan).
  • - Menyediakan Laporan Aduan Berkala 4 kali setahun kepada Urusetia Aduan Ibu Pejabat KKM .

 

  1. PENGURUSAN MAKLUMAT MULTIMEDIA
  • - Memantau isu berkaitan hospital di media massa.
  • - Menyediakan keratan akhbar untuk edaran kepada pihak pengurusan.
  • - Menganalisis isu-isu dalam media, dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk diambil tindakan penambahbaikan.
  • - Memberi maklum balas serta merta terhadap isu yang berbangkit dalam media massa. 

 

  1. PENGURUSAN LAWATAN
  • - Menerima permohonan lawatan dari pelbagai Agensi dan Persatuan dari dalam mahupun lawatan Antarabangsa/luar Negara yang ingin melawat HKL.
  • - Membantu dalam mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan dari Jabatan dalam HKL.

 

  1. PERKHIDMATAN KAUNTER PERTANYAAN & INFORMASI
  • - Merancang dan memantau pelaksanaan Kaunter Pertanyaan & Informasi.
  • - Bertanggungjawab terhadap perkhidmatan Pegawai Khidmat Pelanggan yang bertugas di Klinik-klinik Pakar Hospital.

Go to top