Ketua Cawangan Puan Noraida binti Daud
Telefon 03-26155980/5982/7146
Faks 03-26989845
E-mel
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Perpustakaan Hospital Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1973. Bertempat di sebuah bilik seluas 1000 kaki persegi di Bangunan Utama, Aras 1 dan perkhidmatan hanya dibuka kepada para doktor sahaja.

25 April 1991, Perpustakaan mula memperluaskan perkhidmatannya kepada semua kakitangan apabila ia berpindah dari Bangunan Utama, ke bangunan Institut Kajisaraf Tunku Abdul Rahman (IKTAR) di Aras 4 dengan keluasan 3000 kaki persegi.

Pada tahun 1996, Perpustakaan atau dikenali sebagai Perpustakaan HKL, sekali lagi berpindah semula ke Bangunan Utama, Aras 1 dan Pada 18 Mac 1996, ia telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu YBhg Dato’ Ismail bin Mansor.

Dengan keluasan 9000 kaki persegi atau 667.01 meter serta laluan yang strategik dan menjadi lokasi pilihan Pengarah HKL, YBhg Dato’ Dr Hajjah Azizan Aiyob Ghazali, Perpustakaan Hospital Kuala Lumpur kini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada semua kakitangan HKL termasuk pengguna dan penyelidik luar. Premis baru ini diusahakan oleh YBhg. Datin Suraiya Hani Tun Hussein, Ketua Jabatan Dermatologi selaku Pengerusi Jawatankuasa Perpustakaan HKL yang telah ditubuhkan pada 1995.

MISI

Membantu organisasi induk dengan menyediakan pelbagai sumber koleksi rujukan maklumat khusus dalam bidang perawatan dan perubatan serta lain-lain bidang yang berkaitan melalui pekhidmatan maklumat yang cepat, cekap dan efisien bagi memenuhi keperluan kakitangan Hospital Kuala Lumpur dan matlamat organisasi.

VISI

Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan dan perujukan dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang bagi kakitangan Hospital Kuala Lumpur sebagai hospital yang mengamalkan pembudayaan ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.

OBJEKTIF

i. Pemilihan bahan-bahan rujukan yang sesuai dan terkini selaras dengan kehendak dan keperluan pengguna professional dan separa profesional perubatan;

ii. Bahan-bahan rujukan yang disediakan dapat diakses dan digunakan pada tahap yang paling optimum dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang perawatan pesakit dan pengetahuan umum;

iii. Menghubungkan pengguna perpustakaan kepada dunia secara global melalui proses perkongsian maklumat antara perpustakaan dalam dan luar negara menerusi rangkaian dan jaringan perpustakaan;

iv. Melahirkan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia yang celik minda melalui galakan dan dorongan membudayakan pembacaan dalam kehidupan.

PIAGAM PELANGGAN

i. Berusaha mendapatkan bahan bacaan/maklumat yang diperlukan dengan seberapa segera mengikut batas kemampuan kami;

ii. Segala pertanyaan rujukan akan diberi maklumbalas dengan serta merta atau dalam jangkamasa satu hari;

iii. Berusaha memberi perkhidmatan kaunter pinjaman yang mesra dan sopan, cepat dan cekap;

iv. Berjanji berkhidmat dengan cemerlang.

CARTA ORGANISASI

1. DALAMAN

i. Sirkulasi (Pinjaman, Pemulangan & Pembaharuan)

ii. Pendaftaran Keahlian

iii. Rujukan dan Perujukan

iv. OPAC (Online Public Access Catalogue)

v. Portal Virtual Library KKM

vi. Bilik Perbincangan Postgraduate

vii. Sistem Pembekalan Penerbitan (Inter Library Loan)

viii. Zon Siber

ix. Ruang Santai

x. Quran Corner

xi. Ruang Pameran

2. LUARAN

2.1  KERJASAMA ANTARA PERPUSTAKAAN DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT

Di peringkat kebangsaan, kami telah menjalinkan kerjasama erat di kalangan perpustakaan perubatan gunasama di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melalui kemudahan pinjaman antara perpustakaan. Perpustakaan HKL turut menyediakan latihan khusus kepada Pembantu Perpustakaan dari perpustakaan hospital lain serta menerima permohonan daripada pelajar dari universiti tempatan untuk  latihan praktikal di Perpustakaan HKL.

 

2.2 VIRTUAL LIBRARY KKM:

Pangkalan data yang dilanggan oleh KKM adalah:

i. Access Medicine

ii. Bibliotech E-books

iii. ClinicalKey for Nursing

iv. Emerald Management

v. LawNet

vi. OVID

vii. Wiley E-Books

 

1. Perpustakaan HKL membuat latihan dalaman antaranya :

1.1  Bengkel Literasi Maklumat & Media bersama penceramah dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

 

1.2    Bengkel Penggunaan Virtual Library KKM

 

Go to top