Head of Department Puan Yee Yin Ching
Phone 03-26155105
Fax 03-26155090
Email
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENGENALAN

Cawangan Pentadbiran Hospital Kuala Lumpur terdiri dari 3 unit iaitu Unit Pentadbiran Am, Unit Kenderaan dan Unit Stor. Cawangan Pentadbiran yang terletak di Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran dan Kewangan Hospital Kuala Lumpur bertanggungjawab dalam menyedia dan memberikan kemudahan am kepada Jabatan-Jabatan klinikal dan bukan klinikal, anggota HKL, pesakit dan orang awam.

Antara perkhidmatan  yang dijalankan oleh Cawangan Pentadbiran termasuklah pengurusan mel, pengurusan dan penyediaan pengangkutan, kemudahan kuarters dan asrama, penyediaan premis perniagaan, penyediaan dan pengurusan bekalan alat tulis, percetakkan, bekalan pakaian seragam, pengurusan fail, pengurusan telekomunikasi, pengurusan hal ehwal Islam dan pengurusan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan.

Cawangan Pentadbiran juga bertanggungjawab dalam pengendalian aktiviti pelbagai jawatankuasa termasuk Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri yang merupakan satu jawatankuasa penting di Hospital Kuala Lumpur serta Majlis Tilawah Al Quran yang diadakan pada setiap tahun.

PENGURUSAN MEL

Menguruskan penghantaran keluar dan penerimaan masuk surat-surat biasa dan surat berdaftar samada melalui pengurusan pos atau secara serahan tangan ke destinasi yang ditetapkan dan pengagihan surat-surat yang diterima ke Jabatan-Jabatan.

PENGANGKUTAN

Menyediakan dan menguruskan kemudahan pengangkutan terdiri daripada kereta rasmi Jabatan, ambulans, van, bas, lori, motor, dan kereta jenazah untuk pesakit, anggota Hospital Kuala Lumpur dan orang awam.   

RUMAH KERAJAAN DAN ASRAMA

Menyedia dan menguruskan kemudahan sebanyak 487 unit rumah Jabatan dan 120 unit asrama untuk anggota HKL.

RUANG NIAGA

Menyediakan kemudahan 4 buah kafeteria, 30 unit mesin vending, kedai-kedai runcit, hospimart, kedai kesihatan, mesin perbankan (ATM) dan Pejabat Pos untuk anggota Hospital Kuala Lumpur  dan orang awam.

STOR

Menguruskan bekalan alat tulis, Buku Sijil Cuti Sakit, borang-borang/buku dan barang domestik untuk kegunaan klinikal dan bukan klinikal serta membekalkan pakaian seragam kepada anggota yang beruniform.

PERCETAKKAN

Menguruskan percetakkan borang dan lain-lain dokumen untuk kegunaan Jabatan Klinikal dan Bukan Klinikal.

PENGURUSAN FAIL

Urusan pemfailan surat, merekod nombor fail, penyimpanan fail am Jabatan dan pemberian nombor fail bagi fail am yang baru dibuka.

TELEKOMUNIKASI

Menyediakan dan menguruskan lebih kurang 4,700 perkhidmatan talian sambungan dan talian terus untuk telefon pejabat dan pengurusan telefon bimbit untuk pegawai Hospital Kuala Lumpur yang layak.

 HAL EHWAL ISLAM

Menyediakan perkhidmatan kaunseling, nasihat, khidmat runding cara, ceramah, kursus dan Training for Trainers (TOT) berhubung kait dengan hal ehwal Islam kepada pesakit, waris pesakit dan anggota Hospital Kuala Lumpur serta pengurusan ibadah kepada pesakit.

AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL

Pengurusan Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Psikiatri Hospital Kuala Lumpur seperti pengurusan mesyuarat, lawatan dan aktiviti mereka.

URUSETIA MESYUARAT

Urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan seperti Mesyuarat Ketua Jabatan, Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan dan juga Urusetia kepada Perhimpunan Bulanan HKL.

Go to top