Head of Department  Dr. Nor Azian binti Abdullah@Salehudin
Phone  03-26155300
Fax  03-26905987
Email  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

SEJARAH PENUBUHAN

Unit Kesihatan Awam, Hospital Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa penubuhan, unit ini mempunyai seramai 5 orang kakitangan terdiri daripada seorang Inspektor Kesihatan U8, 2 orang Pembantu Kesihatan Awam U14, seorang Atendan Kesihatan dan seorang Pembantu Am Rendah. Jawatan Inspektor Kesihatan dan Pembantu Kesihatan Awam dipinjamkan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

Sehingga sekarang, skop perkhidmatan telah di perluaskan kepada 5 tugas yang teras iaitu Kawalan penyakit berjangkit , Kawalan vektor , Keselamatan dan kualiti makanan , Kesihatan pekerjaan dan kebersihan alam sekeliling serta Penguatkuasaan Undang-Undang Awam . Bersesuaian dengan pertambahan skop kerja kakitangan Unit Kesiatan Awam adalah seramai 15 orang terdiri dari Pegawai Kesihatan Persekitaran (2),Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U36(1), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32(1), Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29(5), Pembantu Kesihatan Awam (2),Pembantu Perawatan Kesihatan (4) dan Pembantu Tadbir N17 (1) sambilan.

OBJEKTIF

- Notifikasi Penyakit Berjangkit di Hospital Kuala Lumpur.
- Memastikan seluruh kawasan persekitaran Hospital Kuala Lumpur bebas daripada pembiakan Aedes melalui
  pemeriksaan pembiakan Aedes  serta lain-lain penyakit berjangkit.
- Memastikan seluruh kawasan Hospital Kuala Lumpur bebas daripada asap rokok melalui pemantauan anti rokok.
- Memastikan tahap premis makanan di Hospital Kuala Lumpur dalam keadaan sanitari sepanjang masa.
- Memastikan persekitaran HKL adalah bersih dan selamat serta bebas dari kacauganggu penyakit berjangkit.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (E-Notis)
Pengendalian Notifikasi Kes Penyakit Berjangkit: Memastikan pengendalian notifikasi kes –kes penyakit berjangkit Hospital Kuala Lumpur mengikut keperluan subsyeksyen 10(2) Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan digunapakai untuk menotifikasi kes penyakit berjangkit yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur

- Menerima notifikasi dari wad dan merekod serta hantar ke daerah/negeri berkaitan
- Siasatan awal
- Input kes dalam aplikasi E-Notifikasi

Kemasukan kes penyakit berjangkit ke dalam sistem E-Notifikasi

TAHUN 2014 2013 2012 2011
JUMLAH KES 21,708 11,671 9392 7438

Pencegahan dan Kawalan Vektor
a. Kemasukan kes penyakit berjangkit ke dalam Sistem E-Notifikasi

TAHUN 2014 2013 2012 2011
Kes Denggi (Df/DHF) 17,113 8009 5617 4659

b. Laksanakan aktiviti pemeriksaan premis, siasatan serta tindakan kawalan kes atau wabak

Pemeriksaan pembiakan Aedes Untuk memastikan tiada pembiakan jentik-jentik di sekitar kawasan Hospital Kuala Lumpur dan digunapakai untuk memantau dan menghapuskan jentik-jentik di sekitar kawasan hospital mengikut prosedur kerja yang ditetapkan. Undang-undang berkaitan adalah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.

- Pemeriksaan pembiakan Aedes di seluruh kawasan HKL
- Mengeluarkan notis jika terdapat pembiakan kepada Ketua Fasiliti Radicare
- Memantau kerja-kerja abetting, oiling, semburan kabus

Aktiviti Program Bebas Denggi Di Hospital

TAHUN Bil. Tempat Pembiakan Ditemui Bil. Positif Aedes Tempat Berpotensi Tinggi Pembiakan Nyamuk Aedes
2014 221 33 a. Tapak Binaan (Parking Bertingkat, WCH, Urologi, Nefrologi, Rehab)
b. Kuarters kosong
c. Sebanyak 3 kompaun dikeluarkan

Keselamatan dan Kualiti Makanan

Kawalan Mutu Makanan

  • Memastikan pengeluaran makanan yang dikendalikan oleh premis dan dapur sajian makanan di Hospital Kuala Lumpur adalah bersih dan selamat untuk dimakan mengikut keperluan yang digariskan dalam Akta Makanan 1983
  • Memeriksa tahap kebersihan premis makanan/ dapur sajian
  • Mengambil sampel makanan (analisis mikrobiologi) untuk dihantar ke Makmal Kesihatan Awam
  • Operasi Bersepadu Akta Makanan 1983

• Penguatkuasaan Undang-undang Kesihatan Awam

 

• Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar Serta Kawalan Mutu Air Minum Pendidikan Kesihatan

 

• Pendidikan Kesihatan

 

• Pengiktirafan Kementerian dan Jabatan

 

• Program Bersama Timbalan Menteri Kesihatan

 

Waktu Operasi Unit Kesihatan Awam

Hari Waktu
Isnin-Jumaat 7.30 pg - 5.30 ptg
Sabtu, Ahad, Cuti Umum 8.00 pg - 3.00 ptg
Setiap Hari Selepas Waktu Bekerja Perkhidmatan On-Call

KURSUS YANG TELAH DIJALANKAN

1. Kursus Notifikasi Penyakit Berjangkit diadakan kepada Pegawai Perubatan serta kumpulan sokongan yang terlibat dalam
    menotifikasi penyakit berjangkit di Hospital Kuala Lumpur


2. Program anjuran bersama jabatan lain:

• Sambutan Hari Tanpa Tembakau
• Kempen Kesedaran Jangkitan Tibi di Kalangan Petugas Kesihatan.
• Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat HKL.
• Lawatan ke Pejabat Kesihatan Pelabuhan Klang Mengenai Aktiviti Kawalan Rodent dan Serangga Pembawa Penyakit.

KAJIAN YANG DIJALANKAN

Tahun 2014
Tajuk Kajian :
Kajian Mengenai Tahap Pengetahuan ,Sikap dan Amalan Petugas Hospital dan faktor Kelewatan Notifikasi Penyakit Berjangkit Khususnya Demam Denggi Sepanjang Tahun 2014. (KPI Timbalan Pengarah 1 - <5% Setiap Tahun)


Tahun 2015
Tajuk Kajian :
Kajian Menganai Tahap Pengetahuan Sikap dan Amalan Petugas Kesihatan terhadap faktor kelewatan Notifikasi Semua Penyakit Berjangkit Sepanjang Tahun 2015 (Sasaran < 2% Tahun 2015)

Go to top