Head of Department   Puan Ong Hai Choo
Phone   03-26156020
Fax   03-26156034
Email   This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Jabatan Fisioterapi terdiri daripada Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Fisioterapi. Jabatan ini juga turut dibantu oleh kumpulan sokongan iaitu Pembantu Perawatan Kesihatan. Perkhidmatan Fisioterapi Pesakit Luar di Hospital Kuala Lumpur terletak di:

  1. Jabatan Fisioterapi - Aras 1, Blok Utama, Hospital Kuala Lumpur
  2. Klinik Orthopedik - Aras 1 dan 2, SCACC
  3. Klinik Dermatologi - Aras 6, SCACC
  4. Unit Pediatrik Fisioterapi - Aras Bawah, Institut Pediatrik
  5. Neurogymnasium - Aras 2, Institut Kaji Saraf Tunku Abdul Rahman
  6. Wisma Kayu


Perkhidmatan Fisioterapi Pesakit Dalam di Wad adalah mengikut disiplin dan berdasarkan rujukkan.

VISI

Jabatan Fisioterapi komited dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat, berteraskan kemajuan ilmu pengetahuan kemahiran dan penggunaan kaedah rawatan berteknologi tinggi yang menepati keperluan pesakit dan dapat menyumbang ke arah peningkatan kualiti hayat.

MISI

i.    Menyediakan satu sistem perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif, penyayang dan profesional serta mudah diperolehi dan diterima oleh lapisan masyarakat.
ii.   Mengukuhkan amalan “evidence-based” serta menerapkan budaya penjagaan diri ke arah mencapai kualiti hayat.
iii.  Menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
iv.  Mewujudkan golongan profesional fisioterapi yang lengkap dengan pengetahuan terkini, berkemahiran tinggi dan berpengkhususan.

OBJEKTIF

i.    Menyediakan perkhidmatan fisioterapi yang komprehensif, holistik, cekap serta berkesan mengikut peraturan Piawaian Amalan Fisioterapi.
ii.    Menyediakan program perawatan fisioterapi dan rehabilitasi berasaskan ‘Evidence-Based Practice'.
iii.    Memberi peluang kepada staf mengikuti pembelajaran berterusan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam perawatan fisioterapi dan berkaitan    dengannya.
iv.    Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan ahli fisioterapi selaras dengan budaya kerja cemerlang.
v.    Menjadikan organisasi ini sebagai pusat sumber rujukan kebangsaan yang unggul.
vi.    Menyediakan peluang latihan klinikal yang menitikberatkan aspek kemahiran di dalam pelbagai bidang perawatan fisioterapi.

PIAGAM PELANGGAN

⦁    Semua pesakit mesti didaftarkan sebelum menerima rawatan
⦁    Masa pesakit menunggu untuk pendaftaran adalah:
     -  30 minit untuk pesakit baru
     -  15 minit untuk pesakit ulangan
⦁    Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan ataupun dalam jangkamasa 15 minit dari masa temujanji.
⦁    Untuk pesakit wad, rawatan akan dimulakan pada hari yang dirujuk atau pada hari kerja berikutnya.
⦁    Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, bersopan santun, bertimbang rasa dan privasi pesakit serta keluarganya diutamakan semasa pemeriksaan dan rawatan.

WAKTU BEROPERASI

  ISNIN - KHAMIS

7.45 AM – 1.00 PM

1.45 PM – 5.00 PM
  JUMAAT

7.45 AM – 12.15 PM

2.30 PM – 5.00 PM

Perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Fisioterapi:

  1. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Pesakit Luar
  2. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Pesakit Di Klinik
  4. Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Rawatan Susulan Di Rumah (Home Visit)
  5. Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service) 

 

Perkhidmatan Fisioterapi untuk Pesakit Luar merangkumi:

  1. Rehabilitasi Neuromuskuloskeletal
  2. Kardiorespiratori
  3. Kesihatan Wanita & Lelaki – Inkontinen dan Limfodema
  4. Pengurusan Sakit
  5. Hidroterapi
  6. Kecederaan Sukan
  7. Terapi Tangan
  8. Fototerapi
  9. Rehabilitasi Neurologi
  10. Pediatrik
  11. Program Pemulihan Vestibular
  12. Program Pengurusan Berat Badan
  13. Program Pengurusan Sakit Kronik
  14. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Spinal
  15. Rehabilitasi Vaskular
  16. Rehabilitasi Amputasi
  17. Rehabilitasi Geriatrik

 

Perkhidmatan Fisioterapi akan diberikan secara menyeluruh melalui kerjasama dengan pelbagai professional.

Perkhidmatan Fisioterapi untuk Pesakit Dalam di Wad melibatkan disiplin seperti:

  1. Perubatan Am
  2. Pediatrik
  3. Dermatologi
  4. Perubatan Respiratori
  5. Psikiatrik
  6. Pembedahan Am
  7. Ortopedik
  8. Otalaryngologi
  9. Oftamalogi
  10. Ginekologi dan Obstetrik
  11. Radioterapi dan Onkologi
  12. Neurologi dan Neurosurgeri
  13. Nefrologi dan Urologi
  14. Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif
  15. Bius
  16. Kemalangan dan Kecemasan
  17. Perubatan Rehabilitasi
  18. Vaskular
  19. Geriatrik

  1. Klinik Kecederaan Sukan & Gantian Sendi
  2. Klinik Pembedahan Tangan dan Micro
  3. Klinik Obesiti
  4. Klinik Pengurusan Sakit Kronik
  5. Klinik Payu Dara
  6. Klinik Peri-operatif
  7. Klinik Vericous Vein
  8. Klinik Burn
  9. Klinik Parkinson
  10. Klinik Geriatrik
  11. Klinik Geriatrik Inkontinen
  12. Klinik Fall
  13. Klinik Program Pemulihan Jantung
  14. Klinik Cerebral Palsy
  15. Klinik Vestibular
  16. Klinik Vaskular
  17. Kelas Obesiti
  18. Kelas Antenatal
  19. Kelas Program Pemulihan Jantung

 

 Perkhidmatan Fisioterapi Untuk Perawatan Susulan Di Rumah (Home Visit)

  1. Perawatan Susulan Warga Geriatrik
  2. Perawatan Susulan Neurologi
  3. Perawatan Susulan Rehabilitasi

 

 

Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Service) 

  1. Tugas Panggilan Berjadual
  2. Klinik Rundingcara Fisioterapi
  3. Klinik Kesihatan dan Pekerjaan
  4. Lymphodema Support Group
  5. Incontinence Support Group
  6. Combined Haemophilia Clinic
  7. Multidisciplinary Team Clinic
  8. Physiotherapy Ward Round
  9. Obesity Fun Therapy
  10. Geriatric Fun Therapy

 

 

Latihan Dan Penyelidikan

Jabatan Fisioterapi terlibat dalam latihan kepada Pelatih Fisioterapi dan latihan 

sangkut Ahli Fisioterapi dari Kementerian Kesihatan Malaysia atau Institusi 

Pendidikan dalam dan luar negara. Latihan yang diberikan merangkumi semua 

bidang fisioterapi termasuk bidang specifik seperti rehabilitasi saraf spinal dan 

perawatan inkontinen.

Selain itu, bagi memastikan Ahli Fisioterapi sentiasa mempersiapkan diri dengan 

pengetahuan terkini, Jabatan Fisioterapi menjalankan sesi pendidikan berterusan 

pada setiap minggu mengikut jadual yang ditetapkan. Ini tidak termasuk Kursus 

Dalam Perkhidmatan yang diadakan mengikut keperluan dan perkembangan terkini 

bidang perubatan

 Ahli Fisioterapi juga bersedia memberikan ceramah berkaitan seperti penjagaan 

tulang belakang dan ergonomik kepada kakitangan jabatan atau hospital yang lain.

 Demi memastikan amalan ‘Evidence-Based Practice', Jabatan Fisioterapi 

mengalakkan Ahli Fisioterapi untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang 

berkaitan. Ahli Fisioterapi juga digalakkan unutk melanjutkan pengajian ke peringkat 

tertinggi demi perkembangan peofesion.

 

 Credentialing & Priviledging

  a) Vestibular

  b) Lymphoedema

  c) Inkontinen

  

Penyelidikan 

1) Factor’s Contrubuting For Non-Compliance Physiotherapy Sesions 

    Among Geriatric Patient At Geriatric Clinic

    Lim Khee Li, E. Julaida, Dr. Lee Fatt Soon, M. Nawawi Adha, Saravanan, A. 

    Fadzil Nur Ain

 2) Tilt Table Practice Improved Ventilation in a Patient with Prolonged 

     Artificial Ventilation Support in Intensive Care Unit (Published at Iran J 

     Med Sci March 2012)

     Asiah M Hashim , Leonard H Joseph, Zalila Kasim , Julaida Embong , Vikram 

     Mohan

 3) Determine Risk Of Fall In Medical Ward: An Exploratory Study

     Julaida Embong, Mohd Adha Nawawi

 4)Effectiveness of using tilt table among stable ventilated patients in

    General Intensive Care Unit – A Pilot Study

     Mohd Adha Nawawi, Sia Lee Lee

 5) Physiotherapy Management Of Children With Incontinence In Hospital 

     Kuala Lumpur: A Retrospective Study

     Asiah MH, Lim KL, Norazlina Y, Akmal AL, Nor Ashikin N, Nurul Syafiqa A, Siti 

     Shazana S

 

Go to top